|
23 Oktober 1993 – Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Y.B. Dr. Haji Mohd Shahar bin Sidek telah membentangkan satu kertas kerja berkaitan penubuhan syarikat milik penuh (100%) MAINPP bagi urusan pungutan zakat di negeri Pulau Pinang.
01 Jun 1994 – Syarikat As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (ASUZ) telah didaftarkan oleh MAINPP sebagai syarikat petugas amil bagi pihak MAINPP – nombor syarikat 302434 A dengan pelaburan modal sejumlah RM1,019,658.00 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh MAINPP.
01 September 1994 – ASUZ telah memulakan operasi sepenuhnya dengan menggunakan nama Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang atau ringkasnya PUZ sebagai nama pejabat bagi ASUZ bertujuan untuk mengekalkan ‘public interest’ terhadap institusi zakat.
BIDANG KUASA
Di peringkat awal penubuhan, bidang kuasa PUZ hanyalah
sekadar mengumpulkan zakat harta di sekitar Pulau Pinang dan
Seberang Perai. MAINPP masih memainkan peranan untuk
mengumpulkan zakat fitrah dan mengagihkan dana zakat di
negeri Pulau Pinang.
Namun, kejayaan PUZ meningkatkan kutipan zakat harta dari RM
0.19 juta pada tahun 1994 kepada RM 9.36 juta pada tahun
1998 telah meyakinkan MAINPP bahawasanya PUZ amat berpotensi
untuk menguruskan operasi kutipan dan agihan zakat
sekaligus.
Pada bulan Mac 1999, MAINPP telah memberi kepercayaan penuh
kepada PUZ untuk mengendalikan sepenuhnya kedua-dua operasi
kutipan dan agihan zakat bagi negeri Pulau Pinang dan juga
kutipan dan agihan zakat fitrah.
KUTIPAN ZAKAT DI AWAL PENUBUHAN
PUZ memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.
Kini, PUZ telah menambah empat (4) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Taman Jawi Jaya, Masjid Bayan Baru, Taman Sri Genting Balik Pulau, Kompleks Abdullah Fahim, Kepala Batas dan Lebuh Buckingham (menggantikan JAIPP).
Pada 3 Januari 2005, PUZ mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat PUZ yang baru.
|